PKNS FC Mahu Bangkit Bersama Inspirasi 'Super Mokh'

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pasukan PKNS FC mahu kembali menjadi kelab gergasi bola sepak tanah air dengan mengembalikan legasi penyerang legenda negara tahun 70-an, Mokhtar Dahari atau "Super Mokh".

Kelab itu hari ini menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat pemasaran sukan, Total Sports Sdn Bhd untuk menjenamakan semula pasukan itu selain merencanakan perlawanan persahabatan antarabangsa, program-program sosial dan kebajikan (CSR) dan membangunkan televisyen web Selangor FC.

PKNS FC dalam kenyataan akhbar hari ini berkata langkah itu akan membantu PKNS FC menjenamakan semula kelab itu menerusi penerapan semangat Allahyarham Mokhtar dalam diri setiap pemain.

Pada majlis menandatangani memorandum itu, PKNS FC diwakili Presidennya Noor Hisham Mohd Ghouth, manakala Total Sports diwakili Ketua Pegawai Undang-undang Total Sports Asia, Puan Paramjit Dhillon dengan disaksikan Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Timbalan Presiden Total Sports Mohd Rafee Md Aris.

"Kita semua tahu Allahyarham Mokhtar pernah berbakti di PKNS suatu ketika dahulu.

"Oleh yang demikian, saya berharap dengan adanya pendekatan yang diambil ini, pemain-pemain di bawah naungan PKNS FC dapat mengambil inspirasi dari kehebatan legenda Super Mokh dan seterusnya mengharumkan nama kelab dan negara, kata Noor Hisham. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan