Ronaldo Bakal Terlepas Aksi El Clasico - Bola Sepak | mStar

Ronaldo Bakal Terlepas Aksi El Clasico

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ronaldo mengalami kecederaan buku lagi pada ketika beraksi menentang Getafe, Isnin.
Ronaldo mengalami kecederaan buku lagi pada ketika beraksi menentang Getafe, Isnin.

KECEDERAAN buku lali yang dialami penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menyebabkan dia bakal terkeluar daripada aksi pusingan pertama separuh akhir Copa del Rey bertemu Barcelona pada Rabu ini.

Penyerang sensasi ini mengalami terseliuh buku lali ketika pertemuan dengan Getafe dalam aksi Liga Sepanyol yang turut menyaksikan dia melakukan hatrik dengan kemenangan 4-0.

Sekiranya kecederaan Ronaldo ini masih belum pulih menjelang pertemuan El Clasico ini, ia bakal merencatkan perancangan pengurus pasukan, Jose Mourinho yang mahukan kemenangan pada aksi ini.

Kedua-kedua perlawanan ini sememangnya dinanti-nantikan bagi melihat kehebatan Ronaldo dan juga kelincahan penyerang berbisa Barca, Lionel Messi.

Penolong pengurus Real, Aitor Karanka bagaimanapun menafikan ketiadaan Ronaldo pada aksi perlawanan esok.

"Kami telah memberi rawatan terbaik kepadanya. Prestasinya juga masih baik.

"Tengok sahaja jaringan yang telah dilakukan sebelum ini," jelasnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan