Drogba Tukar Angin Ke Galatasaray

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Didier Drogba
Didier Drogba

GALATASARAY akhirnya berjaya mengikat Didier Drogba dari kelab Shanghai Shenhua, jelas satu pengumuman yang dilakukan oleh Turkish Stock Exchange.

Bekas penyerang Chelsea itu sebelum ini meminta untuk meninggalkan kelab China itu selepas gagal mendapatkan gajinya yang dilaporkan bernilai 200,000 pound (RM966,819) seminggu.

Drogba bersetuju untuk menyarung jersi kelab gergasi Turki itu dengan kontrak selama 18 bulan.

Menurut kenyataan kelab itu, Persatuan Bola Sepak Turki telah memohon untuk mendapatkan sijil perpindahan antarabangsa ini daripada China FA.

"Saya tidak boleh menolak peluang dan tawaran yang dibuat oleh kelab terkemuka ini.

"Saya bersedia untuk beraksi dalam aksi Liga Juara-Juara (CL) lagi dan lagi bersama kelab terbaik di Eropah," jelas yang turut menjaringkan gol penting pada ketika aksi CL bersama Chelsea tahun lalu.

Ia merupakan perpindahan masuk kedua terbesar Galatasaray selepas turut mendapatkan bintang Inter Milan, Wesley Sneijder sebelum ini.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan