Drogba, Anelka Tinggalkan Shanghai Shenhua

Diterbitkan: Isnin, 28 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anelka (kiri) dan Drogba dilaporkan akan meninggalkan kelab Shenhua.
Anelka (kiri) dan Drogba dilaporkan akan meninggalkan kelab Shenhua.

GALATASARY membuat tawaran untuk mendapatkan bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba yang kini bermain untuk Shanghai Shenhua.

Pihak kelab pemain berusia 34 telah mengesahkan telah menerima tawaran daripada kelab Turki itu yang turut membawa Wesley Sneijder dari Inter Milan bagi menguatkan pasukan tersebut.

Drogba meninggalkan Chelsea musim panas lalu selepas membantu kelab itu meraih trofi Liga Juara-Juara Eropah (CL) dengan menyertai kelab bola sepak China, Shanghai Shenhua.

Sejak menyertai Shenhua Jun tahun lalu, Drogba telah menjaringkan 11 gol keseluruhan.

Selain itu, rakan sepasukannya, Nicolas Anelka yang juga merupakan bekas pemain The Blues turut meninggalkan Shenhua selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Juventus.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan