Selangor PKNS, Negeri Sembilan Mara Ke Pusingan Kedua Piala FA

Diterbitkan: Ahad, 27 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selangor PKNS dan Negeri Sembilan berjaya mengiringi 14 pasukan lain ke perlawanan pusingan kedua Piala FA setelah mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing pada perlawanan pusingan pertama, Sabtu.

Empat belas pasukan tersebut ialah Kelantan, Sime Darby, Johor Darul Takzim, Pahang, Selangor, Sarawak, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Sabah, T-Team, Pos Malaysia, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Tentera Darat.

Keadaan hujan lebat di sekitar Lembah Klang semalam memaksa dua perlawanan melibatkan UiTM FC menentang Negeri Sembilan di Stadium UiTM, Shah Alam dan Selangor PKNS bertemu Lions XII di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, ditunda ke Sabtu.

Selangor PKNS melakukan kejutan apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Lions XII di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya petang Sabtu.

Fauzan Dzulkifli menjadi wira pasukan apabila menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit ke-18.

Lions XII terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain setelah Raihan Rahman dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan pada minit ke-24 apabila mengasari pemain Selangor PKNS, Mohd Azrif Nasrulhaq.

Usaha Lions XII untuk mencari gol penyamaan pada babak kedua gagal apabila asakan daripada pasukan Singapura itu berjaya disekat benteng pertahanan Selangor PKNS.

Di Stadium UiTM, Shah Alam, Negeri Sembilan mencatat kemenangan 2-0 ke atas UiTM FC.

Pemain import Negeri Sembilan, Emanuel Matías De Porras menjaringkan dua gol untuk skuad Hobin Jang Hobin pada minit kelima dan minit ke-45. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan