Ronaldinho Kembali Sarung Jersi Brazil

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ronaldinho dipanggil bagi menguatkan barisan Brazil menjelang perlawanan persahabatan bertemu England bulan depan.
Ronaldinho dipanggil bagi menguatkan barisan Brazil menjelang perlawanan persahabatan bertemu England bulan depan.

RONALDINHO dipanggil bagi menyertai skuad Brazil menjelang perlawanan persahabatan bertemu England di Wembley pada 6 Februari ini sempena Hari Ulangtahun ke-150 Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Senarai 20 pemain Brazil ini telah didedahkan oleh pemain pertahanan Chelsea, David Luiz yang turut terlibat dalam perlawanan ini.

Bekas pemain Terbaik Dunia 2004 dan 2005 ini kembali menyarung jersi kebangsaan selepas diketepikan dalam skuad sebelum ini di bawah bimbingan Manolo Menezes yang telah dipecat November lalu.

Ronaldinho merupakan bekas pemain Barcelona dan AC Milan dipanggil beraksi bersama Brazil berdasarkan prestasi dengan kelabnya, Atletico Mineiro.

Pun begitu, bukan Ronaldinho sahaja yang dipanggil oleh pengurus baru Brazil, Luiz Felipe Scolari malah penjaga gol QPR Julio Cesar turut disenaraikan bersama tiga pemain Chelsea, Ramires, Luiz dan Oscar.

Scolari sebelum ini telah menjulang trofi Piala Dunia bersama Brazil pada tahun 2002 dan November lalu dia kembali mengambil alih skuad ini.

Bagaimanapun, Scolari mengetepikan Kaka bagi memberi peluang kepada Fabiano untuk perlawanan bulan depan.

SENARAI PENUH SKUAD BRAZIL MENENTANG ENGLAND Julio Cesar (QPR), Diego Alves (Valencia); Daniel Alves, Adriano (both Barcelona), David Luiz (Chelsea), Dante (Bayern Munich), Leandro Castan (Roma), Miranda, Filipe Luis (both Atletico Madrid); Ramires (Chelsea), Arouca (Santos), Paulinho (Corinthians), Hernanes (Lazio), Oscar (Chelsea), Ronaldinho (Atletico Mineiro), Lucas Moura (Paris St Germain); Hulk (Zenit St Petersburg), Neymar (Santos), Fred (Fluminense), Luis Fabiano (Sao Paulo).

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan