Southampton Jadi Kelab Terbaru Pecat Pengurus

Diterbitkan: Jumaat, 18 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SOUTHAMPTON menjadi kelab terkini yang memecat pengurus mereka - Nigel Adkins - dan melantik jurulatih berbangsa Argentina iaitu Mauricio Pochettino sebagai penganti.

Pochettino adalah bekas pengurus Espanyol. Dia meninggalkan kelab La Liga itu September tahun lalu selepas tiga musim bersama mereka.

Adkins, 47, bertanggungjawab membawa Southampton ke Liga Perdana semula hanya dalam tempoh dua musim - dari Divisyen 2 kemudian ke Divisyen 1 dan selepas itu terus ke Liga Perdana.

Malangnya tekanan yang sedang dirasai sekarang oleh Southampton yang sekadar menduduki tangga ke-15 - hanya tiga mata di atas zon penyingkiran telah membawa kepada pemecatannya.

Pochettino akan mengambil alih peranan sebagai pengurus dalam perlawanan menentang Everton Isnin ini.

Pengerusi Eksekutif Southampton, Nicola Cortese berkata: “Keputusan ini diambil dengan pandangan ia adalah satu keputusan jangka panjang untuk kelab ini."

"Sementara kita mengiktiraf sumbangan yang diberikan oleh Nigel dalam tempoh dua tahun ini tetapi untuk kelab ini terus maju ke hadapan dan mencapai sasaran masa depan, satu perubahan perlu dilakukan.

“Dan Mauricio adalah seorang jurulatih yang bukan sahaja disegani sebagai seorang pengurus tetapi yang lebih penting ialah dia juga dikenali sebagai seorang pakar taktik," ujarnya.

Kata Cortese, Mauricio turut berkongsi pandangan dengan pucuk pimpinan kelab bahawa sesebuah kelab yang berjaya dibina atas keupayaan untuk melahir dan membimbing pemain-pemain muda melalui satu program pembangunan yang mampu menghasilkan halatuju yang jelas untuk pemain-pemain ini melangkah naik ke dalam pasukan utama.

Perlawanan terakhir di bawah bimbingan Adkins ialah pada Rabu lalu yang menyaksikan Southampton seri 2-2 dengan Chelsea.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan