Ranking Dunia: M'sia Kekal Di Tangga KE-158

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketiadaan perlawanan antarabangsa pada awal tahun menjadi penyebab pasukan Malaysia kekal pada ranking ke-158 dunia.

Ranking terbaru oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menunjukkan mata yang dikumpul skuad bimbangan Datuk K. Rajagobal naik satu mata kepada 134 mata pada bulan ini.

Kedudukan ranking Malaysia dijangka berubah pada bulan depan apabila skuad Harimau Malaya mula menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa pertama untuk tahun ini menentang Iraq di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 31 Januari nanti.

Senarai kedudukan terkini itu menunjukkan pasukan Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Maldives yang berada pada ranking ke-159, Lesotho (160), Republik Dominica (161), Myanmar (114) dan Hong Kong (163).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia kekal di tempat keenam di belakang Vietnam (134), Thailand (138), Filipina (147), Singapura (154) dan Indonesia (156).

Sementara itu, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,606 mata.

Jerman dan Argentina turut mengekalkan kedudukan selaku pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia apabila masing-masing mengutip 1,437 dan 1,290 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu membabitkan 209 buah negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan