FAM Perjelaskan Kenapa Nama Safiq Digugurkan

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas kapten Selangor, Safiq Rahim tiada dalam senarai 26 pemain yang terpilih mengikuti latihan skuad Harimau Malaya kerana masih digantung satu perlawanan antarabangsa selepas menerima layangan kad merah.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, keputusan tersebut dibuat berpandukan kepada undang-undang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Safiq masih digantung satu lagi perlawanan antarabangsa akibat menerima kad merah ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 23 Julai 2011," demikian menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, FAM menyangkal dakwaan bahawa pemain tengah tersebut digugurkan daripada skuad kebangsaan.

Sebaliknya, badan pentadbir bola sepak negara itu menjelaskan barisan kejurulatihan pasukan kebangsaan tidak menyenaraikan Safiq atas sebab-sebab teknikal.

Pada Rabu, ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal tidak menyenaraikan Safiq untuk latihan pusat menghadapi Qatar dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, Qatar pada 6 Februari ini.

Antara barisan pemain yang disenaraikan ketua jurulatih berusia 56 tahun itu termasuk Khyril Muhymeen (Kedah), Mohd Farizal Marlias (Perak), Yong Kuong Yong (Perak), Mahalli Jasuli (Selangor), Norazlan Razali (Selangor), Mohd Bunyamin Umar (Selangor), Asraruddin Putra Omar (Selangor), K.Gurusamy (Selangor), Kunalan Subramaniam (Selangor) dan Mohd Aidil Zafuan Abd Razak (Johor Darul Takzim).

Norshahrul Idlan Talaha (Johor Darul Takzim), Safee Sali (Johor Darul Takzim), Azamuddin Mohd Akil (Pahang), Mohd Fauzi Rozlan (Pahang), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim (Kelantan), Mohd Shakir Shaari (Kelantan), Mohd Nor Farhan Muhammad (Kelantan), Mohd Farizal Muhamad (Terengganu), Mohd Ashari Samsudin (Terengganu), Amiridzwan Taj Tajudin (ATM), K.Reuben (ATM), Amar Rohidan (Felda United FC), Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A), Wan Zak Haikal (Harimau Muda A) dan Gary Steven Robbat (Harimau Muda A).

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan