"Saya Tidak Salahkan Apek," - Bojan Hodak

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak tidak menyalahkan penjaga golnya Khairul Fahmi Che Mat dalam perlawanan menentang Darul Takzim FC di sini malam Selasa yang berkesudahan 1-1.

Malah, jurulatih Croatia itu menegaskan sepakan percuma pemain import termahal Darul Rakzim, Daniel Guiza tersebut memang sukar diselamatkan

"Situasi gol hasil sepakan percuma yang menakjubkan ini turut berlaku ketika perlawanan Angkatan Tentera Malaysia minggu lepas dan perlawanan membabitkan PKNS (FC)," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu di sini.

Gol pemain import dari Sepanyol pada minit ke-64 itu mengikat Kelantan yang mendahului pada minit ke-37 menerusi jaringan Norfarhan Muhammad hingga wisel penamat dibunyikan.

Mengulas lanjut, Hodak berkata beliau gembira dengan persembahan anak buahnya sekalipun gagal meraih tiga mata penuh.

"Saya gembira kerana inilah cara bermain yang sepatutnya, semua bahagian...pertahanan dan serangan bekerja seiring," katanya yang turut gembira kerana beberapa pemain muda yang sebelum ini mengalami kecederaan kini pulih. -- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan