Menteri Sukan Baru Indonesia Beri Kata Dua Kepada Persatuan Bolasepak Negara Itu

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Menteri Belia dan Sukan Indonesia yang baru, Roy Suriyo menegaskan pihaknya tidak teragak-agak untuk membubarkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dan lawannya Komite Penyelamat Sepak Bola Indonesia (KPSI) jika kedua-duanya gagal mencari jalan penyelesaian ke atas kemelut pergeseran yang menyebabkan badan dunia sukan itu Fifa mengantung keahlian Indonesia di peringkat antarabangsa.

Fifa terpaksa melanjutkan tempoh amaran kepada Indonesia yang telah pun tamat pada 10 Disember lalu dan kini diberi tambahan tiga bulan lagi untuk mengemukakan pelan penyelesaian dengan campur tangan Konfederasi Bolasepak Asia.

Roy Suriyo, yang baru dilantik ke jawatan menteri pada Selasa telah dibebankan dengan misi untuk menyelamatkan Indonesia dari peta bolassepak dunia.

Liga Super Indonesia telah pun digantung sementara menunggu kemelut ini diselesaikan yang menyaksikan ramai pemain termasuk penyerang Malaysia Safee Sali terpaksa mencari kelab lain untuk terus kekal cergas dan terpilih di peringkat antarabangsa.

Kelab Pelita Jaya dari Jakarta telah membayar RM2 juta kepada Safee untuk bermain dengan mereka tahun lalu.

Safee kini bermain untuk Johor Darul Takzim.

"Saya telah dimaklumkan bahawa Fifa telah memberi tarikh akhir baru iaitu sehingga 16 Mac untuk PSSI dan KPSI menyelesaikan kelemut antara mereka.

"Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan atau hubungan dengan kedua-dua belah pihak tetapi saya ada tanggungjawab terhadap masa depan sepakbola negara ini. Oleh yang demikian saya mahu lihat perkara ini diselesaikan segera sebelum tiba tarikh akhir Fifa itu," katanya dalam temuramah dengan sebuah akhbar tempatan pada Selasa.

Any government interference, however, is likely to lead to an automatic ban from FIFA, with the world governing body suspending other nations for similar acts in the past.

Krisis berpanjangan ini telah menyaksikan pada satu peringkat Indonesia mempunyai dua pasukan kebangsaan dan kemudian dua liga tempatan.

Situasi ini telah meletakkan masa depan bolasepak Indonesia di hujung tanduk.

Malah buat masa ini skuad bolasepak kebangsaan untuk menghadapi kejohanan AFC tidak dapat dibentuk kerana masalah yang mereka hadapi ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan