Harry Redknapp Sambar Dua Pemain Antarabangsa Perancis Remy & M'Vila Pada Harga £15 Juta

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HARRY REDKNAPP lewat malam semalam telah menyambar dua orang pemain antarabangsa Perancis - Loic Remy dan Yann M’Vila pada harga diskaun £15 juta sebaik sahaja Newcastle gagal menyakinkan Remy untuk menyertai mereka.

Marseille pada mulanya telah bersetuju untuk menjual Remy kepada Newcastle pada harga £7 juta tetapi rundingan penyerang itu dengan Newcastle berhubung terma-terma peribadi gagal pada saat akhir menyebabkan QPR terus menyambarnya bagaikan helang yang kelaparan.

Pada masa yang sama, Redknapp turut berjaya mendapatkan tandatangan pemain tengah Rennes M'Vila pada harga £7 juta.

Kedua-dua pemain telah berjaya didaftarkan untuk diturunkan menentang West Ham Sabtu ini.

Kejayaan QPR memperolehi khidmat Remy, 26, adalah satu berita yang sangat-sangat mengejutkan kerana dia sepatutnya menyertai Newcastle bukan kelab dari London itu.

Newcastle dikatakan bersetuju untuk membayar Remy sehingga £70,000 seminggu bagi mendapatkan khidmatnya tetapi entah bagaimana pemain itu berubah hati di saat-saat akhir.

Salah satu faktor yang dilihat sebagai punca adalah kerana kedudukan Newcastle yang terletak jauh di utara England sementara QPR adalah sebuah kelab yang terletak di kota London.

Sebaik sahaja Redknapp menyedari peluang yang terbuka di hadapannya, dia telah menyakinkan Ketua Pegawai Eksekutif QPR, Philip Beard segera terbang ke Paris untuk berunding dengan Remy dan kemudian dengan M’Vila, 22.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan