Arsenal Gagal Curi Mata, Tewas 2-0 kepada City

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kompany (no 4) diarah keluar padang oleh pengadil, Mike Dean selepas menerima kad merah.
Kompany (no 4) diarah keluar padang oleh pengadil, Mike Dean selepas menerima kad merah.

PASUKAN Arsenal gagal menggunakan peluang bertemu sepuluh orang pemain selepas tewas 2-0 di tangan Manchester City di laman sendiri pada aksi lewat malam Ahad.

James Milner membuka jaringan pada minit ke-21 selepas melakukan sepakan percuma sekaligus menewaskan penjaga gol Arsenal, Szczesny.

Belum pun sempat mengatur serangan, The Gunners sekali lagi tersentak apabila Edin Dzeko menambah satu lagi jaringan pada minit ke-32 selepas menerima hantaran sempurna daripada Zabaleta.

Pada babak kedua perlawanan, kedua-kedua pasukan gagal mencari gol dan turut menyaksikan pemain pertahanan City, Vincent Kompany dilayangkan kad merah gara-gara melakukan aksi kasar terhadap Wilshere.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger ternyata kecewa dengan keputusan tersebut.

"Sukar digambarkan kerana mereka bermain sepuluh orang dan kami tidak menggunakan peluang itu dengan baik.

"Tetapi pemain-pemain kelihatan takut untuk melakukan sesuatu yang lebih agresif bagi mencari gol," jelasnya.

Sementara itu, pengendali City, Roberto Mancini berkata, bermain dengan aksi sepuluh orang bukan mudah, lebih-lebih lagi bertemu Arsenal.

"Kami bermula dengan baik dan terus memberi tekanan kepada Arsenal kerana kami inginkan kemenangan.

"Namun pada aksi separuh masa kedua, semua pemain saya mempamerkan aksi yang lebih perlahan dan saya fikir ia peluang terbuka untuk tuan rumah mencari gol.

"Ia satu kemenangan yang penting," katanya.

SENARAI PEMAIN:

Arsenal: Szczesny; Sagna, Vermaelen, Koscielny, Gibbs; Diaby, Wilshere, Cazorla; Oxlade-Chamberlain Podolski, Walcott. (Simpanan): Mannone, Jenkinson, Santos, Mertesacker, Ramsey, Coquelin, Giroud

Man City: Hart; Zabaleta, Kompany, Nastasic, Clichy; Garcia, Barry, Milner; Tevez, Silva, Dzeko. Subs: Pantilimon, Lescott, Rekik, Kolarov, Sinclair, Suarez, Balotelli

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan