Benitez Resah Aksi Pemain

Diterbitkan: Sabtu, 12 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rafael Benitez
Rafael Benitez

SELEPAS tewas 2-0 kepada Swansea pada aksi Piala Liga Rabu lalu di laman sendiri, ternyata pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez resah menjelang pertemuan menentang Stoke City pada aksi Liga Perdana Ingeeris (EPL) di Stadium Brittania malam Sabtu.

Pastinya Benitez pening kepala bagi mencongak kembali corak permainan skuadnya selepas aksi hambar pada pertemuan sebelum ini.

Sebelum itu, Chelsea tewas 0-1 kepada Queens Park Rangers (QPR) di Stamford Bridge, sekali gus impian untuk memburu gelaran juara liga dilihat semakin samar.

Sementara, pemain pertahanan The Blues, Gary Cahill turut mengakui pasukannya serba tidak menjadi.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku dengan permainan kami. Kebiasaannya, kami sukar tewas di laman sendiri.

"Kini kami harus bekerja keras untuk mengekalkan tehap konsisten permainan.

"Kami menguasai sebahagian besar perlawanan namun ia tidak memberi sebarang makna sekiranya kami gagal memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol.

"Pada aksi menentang Swansea, kami telah mencipta banyak gerakan tetapi gagal berbuat demikian. Begitu juga ketika menentang QPR, perkara sama yang berlaku," jelas Cahill.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan