Michu Jadi Tumpuan Musim Ini - Laudrup - Bola Sepak | mStar

Michu Jadi Tumpuan Musim Ini - Laudrup

Diterbitkan: Jumaat, 11 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michu
Michu

PENGURUS Swansea City, Michael Laudrup yakin Michu bakal menjadi tumpuan berdasarkan aksi semasa bersama kelab ini.

Namun dia menegaskan bahawa Michu tidak akan meninggalkan pasukan itu sepanjang musim perpindahan pemain, Januari ini.

Laudrup menyuarakan keyakinan tersebut selepas pemain tengah Sepanyol itu mencetak satu gol bagi membantu Swansea menewaskan Chelsea 2-0 pada aksi separuh akhir Piala Liga awal pagi Khamis.

Kejayaan menewaskan juara Eropah itu adalah yang pertama buat kelab Wales tersebut di Stamford Bridge sejak 1925.

Michu yang dibeli dengan nilai £2 juta (RM9.7 juta) daripada kelab Liga Sepanyol, Rayo Vallecano sudah meledakkan 16 gol sepanjang 25 penampilan musim ini.

Jumlah jaringan yang diperoleh menepati sasaran Michu tetapi Laudrup mengakui, prestasi semasa menyebabkan pemain berusia 26 tahun itu menjadi rebutan beberapa kelab elit Eropah.

"Michu gembira bermain di sini. Jadi, saya tidak bimbang kerana saya yakin dia akan kekal bersama kami untuk tempoh lima atau enam bulan akan datang tetapi saya tidak pasti pada musim panas ini," jelasnya.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan