Barcelona Belasah Cordoba 5-0

Diterbitkan: Jumaat, 11 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MADRID: Penyerang Barcelona, David Villa membuktikan beliau masih memiliki sentuhan jaringan selepas menjaringkan dua gol bagi membantu juara bertahan kejohanan Piala Raja Sepanyol, Copa del Rey dengan menundukkan kelab divisyen dua, Cordoba, 5-0 awal pagi Jumaat.

Penyerang utama Sepanyol itu membantu pasukannya layak ke pusingan seterusnya selepas menang dengan agregat 7-0 susulan kemenangan perlawanan kedua suku akhir yang berlangsung di Nou Camp.

Pemain berusia 31 tahun itu sudah menjaringkan empat gol dalam kejohanan itu, di sebalik tidak disenaraikan sebagai penyerang utama Barcelona pada musim ini. - REUTERS.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan