Inter Setuju Terima Tawaran Galatasaray Untuk Wesley Sneijder

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETELAH berbulan-bulan lamanya bergelumang dengan spekulasi perpindahan akhirnya Inter Milan telah menerima tawaran daripada kelab gergasi Turki, Galatasaray untuk pemain Belanda mereka, Wesley Sneijder.

BBC Sport melaporkan, Galatasaray telah membentangkan tawaran berjumlah Euro 10 juta bersamaan dengan £8.2 juta untuk pemain tengah berusia 28 tahun itu.

Bagaimanapun apa yang lebih penting yang selama ini menjadi penghalang kepada kebanyakan kelab yang lain ialah Galatasaray sanggup memenuhi permintaan gaji minggu Sneijder yang sangat tinggi.

Presiden Inter, Massimo Moratti dipetik sebagai berkata: "Tawaran Galatasaray adalah yang paling menarik dan memuaskan hati kami. Sekarang segala-galanya terserah kepada Sneijder untuk membuat keputusan muktamad."

Perpindahan itu hanya dapat direalisasikan dengan persetujuan Sneijder.

Sneijder, tidak diturunkan bermain untuk Inter sejak 25 September lalu kerana pertelagahan tentang kontraknya.

Pemain itu enggan menerima potongan gaji.

Buat masa ini dia menerima gaji berjumlah £4.8 juta semusim bersama Inter Milan.

Dia adalah salah seorang pemain dengan gayaran gaji tertinggi di dunia.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan