Arsenal Buat Tawaran Mega £26 Juta Kepada Theo Walcott

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Theo Walcott
Theo Walcott

LONDON: Arsenal dilaporkan telah bersedia membuat tawaran mega berjumlah £26 juta untuk mengekalkan Theo Walcott di kelab itu.

Akhbar berpengaruh UK, The Sun dalam laporan eksklusifnya pada Rabu menyebut, Ketua Pegawai Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis akan membentangkan tawaran itu dalam rundingan dengan wakil Walcott yang akan berlangsung Jumaat ini.

Kontrak semasa Walcott, 23, akan tamat pada Jun dan Arsene Wenger khabarnya telah memberi persetujuan untuk Arsenal menawarkan kontrak baru lima tahun dengan gaji sebanyak £90,000 seminggu kepada pemain paling berharga kelab itu.

Arsenal adalah satu-satunya kelab dalam Liga Perdana Inggeris yang menyerahkan soal penentuan gaji dan tawaran pembelian sepenuhnya kepada pengurus mereka.

Arsene Wenger diberi satu jumlah bajet gaji dan beliau bebas menentukan pemain manakah yang perlu dibayar sekian-sekian banyak.

Menerusi tawaran baru ini, Walcott akan menerima ganjaran bayaran gaji mingguan setanding dengan penyerang Jerman, Lukas Podolski.

Tidak cukup dengan itu, pemain antarabangsa England itu akan turut ditawarkan bonus tunai sehingga £3 juta sebaik sahaja beliau menurunkan tanda tangannya ke atas kontrak baru.

Keseluruhan pakej perjanjian baru lima tahun itu akan berjumlah £26.4 juta.

Rundingan pusingan pertama antara Walcott dan Gazidis awal bulan lalu berakhir dengan kebuntuan setelah pemain itu menolak tawaran awal berjumlah £80,000 seminggu.

Di bawah kontrak sekarang, Walcott hanya menerima £50,000 seminggu iaitu jumlah yang diterima oleh kebanyakkan pemain remaja yang baru meningkat naik di Arsenal.

Bagaimanapun 'saham' Walcott melonjak sejak beberapa minggu ini selepas prestasinya semakin meningkat malah menjaringkan beberapa gol penting yang menjamin kemenangan Arsenal.

Pada masa yang sama, Arsene Wenger turut mengintai peluang untuk mendapatkan pemain Sepanyol dan Barcelona, David Villa, 31, yang kini hanya sekadar pemain simpanan selepas pulih dari kecederaan panjang.

Namun Pengerusi Barca, Sandro Rosell menegaskan bahawa Villa yang dibeli pada harga £31 juta dari Valencia hanya dua tahun yang lalu tidak akan dijual buat masa ini.

“Skuad ini masih memerlukan khidmatnya dan saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa David Villa tidak akan dijual pada pintu perpindahan Januari ini," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan