Liga Super: Bukan Mudah Mahu Tewaskan Skuad Lions XII - Sathia

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasukan ATM merai kejayaan selepas menewaskan Kelantan pada aksi Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah, Sabtu lalu.
Pasukan ATM merai kejayaan selepas menewaskan Kelantan pada aksi Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah, Sabtu lalu.

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan mengakui kejayaan menjulang Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah 2013 buat kali pertama Sabtu lalu merupakan motivasi kepada pemain-pemain untuk beraksi lebih baik lagi pada saingan dalam Liga Super yang bakal membuka tirainya Rabu ini.

Skuad ATM telah berjaya mengetepikan juara treble, Kelantan melalui penentuan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1.

Pun begitu, Sathia mengakui kejayaan sulung itu hanya sementara kerana masih banyak lagi laluan berliku yang perlu dihadapi dalam saingan musim ini.

"Saya akui gembira dengan kejayaan tersebut, namun ada perkara yang lebih penting perlu dibuat. Perlawanan dengan Lion XII pada Rabu ini amat penting untuk mengutip mata.

"Berdepan dengan pasukan juara Piala AFF Suzuki 2012 itu bukan mudah. Lebih kurang 80 peratus adalah pemain-pemain yang beraksi pada kejohanan itu dan sudah pasti mereka juga ingin menang.

"Bagaimanapun kami tetap bersedia dan beberapa kelemahan yang saya lihat pada perlawanan sebelum ini akan cuba diperbaiki.

"Dari segi kecergasan, semua pemain berada dalam keadaan memuaskan, namun mereka perlu bermain lebih agresif dan membaiki corak hantaran," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Dalam pada itu, Sathia tetap mengekalkan sasarannya musim ini dan kemenangan menjulang Piala Sumbangsih itu tidak mengubah apa-apa sasaran yang dibuat.

"Pertemuan dengan Lions nanti adalah aksi kedua tahun ini selepas menewaskan Kelantan. Saya yakin pemain-pemain akan memberikan komitmen terbaik sekaligus mengutip mata penuh.

"Saya tetap mensasarkan untuk berada di kelompok ketiga teratas keseluruhan Liga Super musim ini.

"Jadi untuk mencapai sasaran itu, kami perlu mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan," jelasnya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan