Azraie Dijangka Jadi Pilihan Utama Jaga Gawang Terengganu

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pendatang baharu Sang Penyu, Wan Muhd Azraie Wan Teh dijangka menjadi pilihan utama untuk menjaga gawang Terengganu dalam pertemuan pertama menentang Felda United pada Selasa ini.

Jurulatih pasukan E. Elavarasan berkata bekas penjaga gol Pahang itu menunjukkan prestasi lebih menyerlah berbanding dua lagi calon iaitu Sharmiza Yusof dan Syed Adney Syed Hussin.

"Keputusan masih belum dibuat. Namun, peluang untuk mereka (Sharmiza dan Syed Adney) merebut kesebelasan utama masih terbuka dan mereka perlulah bijak menggunakan peluang yang ada.

"Sukar untuk saya nyatakan namun setakat ini saya lihat peluang terarah kepada Azraie untuk beraksi menentang Felda lebih cerah," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurutnya sekalipun Wan Muhd Azraie kurang mendapat peluang turun padang pada beberapa siri persahabatan lepas, anak kelahiran Kuala Ibai itu berjaya membuktikan kebolehan ketika sesi latihan.

Mengulas mengenai prestasi Syed Adney yang dilihat agak kurang memuaskan, beliau berkata pihaknya kini dalam usaha mengembalikan keyakinan dan kecergasan bekas penjaga gol Sabah itu yang banyak melakukan kesilapan mudah pada perlawanan persahabatan menentang T-Team tempoh hari.

"Kita akan bagi masa kepada pemain ini, kita tidak mahu terlalu awal menghukum dengan kesalahan lalu. Jadi kita harap dia dapat menyesuaikan diri dan mengembalikan keyakinan untuk terus beraksi.

"Selain itu, kita juga tidak mahu terlalu awal 'pakai' dia selepas itu terus biarkan prestasi dia hancur. Relaks... masih banyak perlawanan selepas ini dan saya harap dia pun dapat beraksi pada perlawanan yang seterusnya," katanya.

Sementara itu, Wan Muhd Azraie ketika ditemui tidak sabar untuk diuji pada saingan pertama Selasa ini bagi membuktikan keupayaan dan kepercayaan jurulatihnya dalam mengendalikan gawang gol Terengganu.

"Walaupun saya tidak diberikan peluang untuk beraksi pada perlawanan persahabatan tempoh hari, namun itu tidak mematahkan semangat saya melakukan yang terbaik untuk pasukan," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan