Wenger Tidak Berpuas Hati Keputusan Pengadil Webb

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Arsene Wenger
Arsene Wenger

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mendakwa pasukannya patut diberi sepakan penalti ketika keputusan seri 2-2 pada perlawanan menentang Swansea dalam aksi Piala FA Inggeris pusingan ketiga di Stadium Liberty awal pagi Isnin.

"Ia sepatutnya diberi penalti dan pengadil jelas melihatnya. Adakah kamu tahu mengapa pengadil (Howard Webb) tidak memberi sepakan itu?

"Sebabnya dia merasakan tindakan pemain Swansea menjatuhkan Ramsey tidak disengajakan," jelasnya yang ternyata tidak berpuas hati dengan keputusan seri ini.

Arsenal meraih dua jaringan sepuluh sebelum masa permainan berakhir melalui Lucas Podolski (m-81) dan Kieran Gibbs (84') selepas Swansea mencatat gol melalui Michu 58' dan Danny Graham (84').

"kami sepatutnya menang perlawanan ini. Babak pertama sememangnya agak sukar, namun separuh masa kedua terdapat banyak peluang untuk menjaringkan gol," tambahnya.

Sementara itu, pengurus Swansea, Michael Lauhael berpuas hati dengan keputusan ini.

"Saya yakin ia satu keputusan yang adil. Pada babak kedua kami membuat sedikit perubahan sehingga berjaya meraih jaringan pertama melalui Michu tetapi selepas itu Arsenal semakin memberi tekanan.

"Kami meraih gol kedua tetapi 15 minit sebelum masa berakhir, pemain-pemain kehilangan bola," jelasnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan