Pulau Pinang Intai Gelaran Juara Liga FAM

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) meletakkan sasaran untuk mendapat tempat pertama dalam Liga FAM bagi membolehkan pasukan itu layak ke Liga Perdana.

Presiden FAP Mohd Foaz Hamid berkata sasaran itu realistik kerana skuad negeri berkenaan bakal dibarisi oleh ramai pemain muda pada saingan musim ini.

Selain itu, katanya pasukan tersebut juga telah mempersiapkan diri dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Perlis, Kelantan dan Perak serta menentang kelab dari Hong Kong pada Isnin.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran jersi pasukan negeri dan memperkenalkan 24 pemain. Skuad itu dibimbing oleh Merzagua Abderrazak.

Mohd Foaz berkata seramai lapan pemain daripada pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) FC telah diserap ke dalam skuad Pulau Pinang pada musim ini.

Terdahulu, pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan sebanyak RM15,000 kepada wakil Aman Palestin.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan