Perpindahan Dimitrios Pertratos, Annuar Sedia Runding Dengan Kelab Eropah

Diterbitkan: Ahad, 6 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sedia berunding dengan mana-mana kelab dari Eropah yang dikhabarkan mahu melamar penyerang baharunya, Dimitrios Pertrators.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa mereka sedia membuka pintu rundingan jika kelab tersebut membuat permintaan untuk menggunakan khidmat prospek muda yang paling menyinar di Australia itu walaupun telah diikat kontrak bersama Kelantan selama setahun.

"Kalau ada (lamaran), kita akan aturkan dengan baik. Biasanya kedua-dua kelab akan berhubung dengan cara baik dan bukannya sekadar membuat kenyataan di media," katanya kepada pemberita pada majlis kenduri perkahwinan penjaga gol Kelantan Kahirul Fahmi Che Mat atau Apek di Kampung Cherang, di sini, Sabtu.

Annuar turut menafikan dakwaan beliau pernah mengadakan rundingan dengan mana-mana kelab dari Eropah berhubung lamaran terhadap pemain berusia 21 tahun itu.

Akhbar pada Jumaat melaporkan laman web bola sepak Australia, au.fourfourtwo.com (Four Four Two), seperti dipetik portal bola sepak espnstar.my melaporkan penyerang muda skuad Bawah 21 'Soccerros' itu kini diintai oleh sebuah kelab dari England.

Ejen penyerang muda tersebut, James Hardy dipetik memberitahu Four Four Two, ada wakil dari Kelantan kini berada di United Kingdom untuk melakukan rundingan berhubung pemain muda tersebut.

Hardy turut dipetik sebagai berkata Pertratos akan ke England hujung bulan ini untuk menjalani ujian.

"Kelantan mempunyai hubungan yang baik di England, sekaligus membuka peluang kepada Pertratos untuk bermain di sana," katanya sebagaimana dipetik daripada espnstar.my.

Pertratos, penyerang berbakat dari Sydney FC mengikat kontrak selama setahun bersama 'The Red Warriors' pada bulan lalu dan disenaraikan untuk beraksi pada saingan Piala Konfederasi Asia (Piala AFC) dan bukannya Liga Malaysia.

Kelibat Pertratos dalam enam perlawanan persahabatan pra musim Liga Malaysia 2013 baru-baru ini turut menyaksikan pemain itu menghadiahkan enam gol kepada Kelantan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan