Perlawanan Liga Super Di Stadium SSINS Boleh Diadakan Pada Sebelah Malam - MBKT

Diterbitkan: Ahad, 6 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pertemuan antara Terengganu dan Felda United dalam perlawanan pembukaan tirai Liga Super, Selasa ini, mampu diadakan pada sebelah malam.

Ini berikutan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah meningkatkan keupayaan lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) untuk mencapai lebih 1,000 lux seperti ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Setiausaha MBKT, Samiun Salleh berkata bagaimanapun keputusan kebenaran bermain pada sebelah malam tersebut akan diketahui selepas satu pemeriksaan oleh wakil FAM pada malam Ahad.

"Kerja-kerja pemasangan lampu limpah berkenaan telah siap dilakukan dan pihak kita akan memeriksa tambahan pencahayaan pada malam ini," katanya.

Mengikut jadual perlawanan, pertemuan kedua-dua pasukan itu akan diadakan pada sebelah petang berikutan pencahayaan lampu limpah di SSINS tidak melepasi syarat FAM sebelum ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah mengambil tindakan segera untuk menaik taraf lampu limpah serta menukar tiang lama kepada tiang baharu di stadium itu daripada 800 lux ke 1,400 lux dengan kos RM4 juta.

Berikutan itu, pasukan Terengganu terpaksa melayan pihak lawannya di sini pada sebelah petang selama tiga bulan sebelum lampu baharu tersebut siap dipasang sepenuhnya.

Menurut Samium, pihaknya akan melakukan sebaik mungkin lampu tambahan supaya ia memenuhi kehendak FAM.

Sementara itu, Pengurus pasukan Terengganu Marzuki Sulong berharap FAM akan membenarkan pasukan Terengganu bermain pada waktu malam dengan penambahan cahaya lampu limpah tersebut.

"Saya yakin mudah-mudahan kita boleh bermain waktu malam dengan perkembangan terbaru ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan