Pengurus Everton David Moyes Satu-Satunya Pengurus Dalam EPL Perolehi Gaji Lebih Tinggi Dari Pemain

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David Moyes
David Moyes

LAPORAN Kewangan tahunan Everton menunjukkan Pengurus David Moyes mungkin merupakan satu-satunya pengurus dalam Liga Perdana Inggeris yang memperolehi pendapatan jauh lebih tinggi daripada mana-mana pemain dalam skuadnya.

Moyes menerima bayaran ganjaran dan gaji mencecah £4 juta setahun iaitu jauh lebih tinggi daripada pemain Everton dengan bayaran tertinggi Marouane Fellaini.

Jumlah keseluruhan bayaran gaji yang dikeluarkan oleh Everton ke atas pemain-pemain dan juga kakitangan skuad utamanya berjumlah £63.4 juta pada musim lalu.

Jumlah itu merangkumi 75 peratus daripada jumlah pendapatan keseluruhan tahunan Everton.

Kerugian bersih kelab itu dicatatkan pada £9.1 juta.

Walaupun demikian, pengurusan tertinggi kelab itu berpendapat Moyes telah membawa Everton ke satu tahap yang memberansangkan dan ini terpancar pada kata-kata aluan Pengerusi Everton, Bill Kenwright di dalam buku laporan kewangan tahunan mereka.

"Kelab ini telah meletakkan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada David Moyes dan kakitangannya untuk terus membimbing dan mencari pemain-pemain dengan DNA yang sesuai untuk Everton," kata Kenwright.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan