Newcastle Terima Satu Lagi Berita Malang: Fabricio Coloccini Ingin Kembali Ke Argentina

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fabricio Coloccini
Fabricio Coloccini

NEWCASTLE UTD yang telahpun secara rasminya kehilangan penyerang berbisa mereka, Demba Ba kepada Chelsea kini dimaklumkan bahawa kapten mereka, Fabricio Coloccini ingin meninggalkan kelab itu dan kembali bermain di negara asalnya, Argentina.

Newcastle kini terpaksa membuka laluan perbincangan dengan San Lorenzo untuk membolehkan pemain itu kembali ke Argentina.

Perkara ini disahkan sendiri oleh bapanya, Osvaldo Coloccini yang merupakan jurulatih pasukan remaja San Lorenzo.

"Fabricio ingin kembali ke Argentina tetapi pada masa yang sama dia ingin meninggalkan Newcastle secara terhormat dan baik," kata bapanya lagi.

Pemain berusia 30 tahun itu adalah pemain yang menerima bayaran paling tinggi di Newcastle tetapi bersedia untuk menerima gaji yang jauh lebih rendah untuk kembali ke San Lorenzo.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat beberapa contoh nama-nama besar dalam bolasepak Argentina yang bersedia mengorbankan gaji yang lumayan di Eropah semata-mata untuk kembali bermain di tanah air mereka.

Antaranya ialah Juan Riquelme, Maxi Rodriguez dan David Trezeguet.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan