Chelsea Sahkan Pembelian Demba Ba - Bola Sepak | mStar

Chelsea Sahkan Pembelian Demba Ba

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA pada lewat Jumaat mengesahkan pembelian penyerang Newcastle Utd, Demba Ba tanpa menyatakan jumlah bayaran perpindahannya.

Bagaimanapun mereka mengumumkan yang penyerang Senegal tersebut telah menandatangani kontrak selama tiga setengah tahun bersama kelab London itu.

Ba, yang bermain dengan Newcastle selama 18 bulan kini layak untuk mewakili Chelsea menentang Southampton dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA Inggeris pada Sabtu.

Bagaimanapun beliau tidak layak untuk mewakili Chelsea dalam mana-mana kejuaraan Eropah bagi musim ini kerana telah bermain untuk Newcastle dalam Liga Europa.

Ba telah menjaringkan 13 gol dalam Liga Perdana Inggeris musim ini yang menjadikannya sebagai penyerang berbisa dan rebutan kelab-kelab berprofil tinggi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan