Pergaduhan Super Mario dan Mancini Di Padang Jadi Topik Bualan Di Seluruh Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mario Balotelli
Mario Balotelli

PARA PEMINAT setia Manchester City dan juga para pemerhati bolasepak dunia kini menumpukan seluruh perhatian kepada masa depan Mario Balotelli selepas insiden pergaduhannya dengan Pengurus Roberto Mancini ketika sesi latihan menghiasi muka belakang akhbar-akhbar utama di seluruh dunia.

Mungkin tekanan yang sedang dihadapi Roberto Mancini begitu besar sehinggakan ia meletup di padang latihan apabila Balotelli mengasari pemain pertahanan City Scott Sinclair yang mencetuskan kemarahannya dan menarik pemain itu keluar dari padang sekaligus mencetuskan pergaduhan di antara kedua-dua warga Itali itu.

Pergaduhan di antara mereka terpaksa dileraikan oleh Penolong Pengurus Brian Kidd.

Manchester City kini berada dalam tekanan yang tinggi selepas mereka tersingkir dari kejohanan Piala Liga-Liga Eropah dan pada masa sekarang berada tujuh mata di belakang Manchester United dalam persaingan liga.

Mereka adalah juara bertahan.

Pada masa yang sama, kehadiran dua bekas tonggak utama Barcelona dalam pengurusan tertinggi City turut memberi tekanan kepadanya kerana media massa tidak henti-henti membuat spekulasi yang Jose Mourinho atau Pep Guardiola mungkin akan mencuri jawatannya musim depan jika City gagal mempertahankan takhta liga.

Kini dia mungkin terpaksa mengadap pemilik City dari Abu Dhabi, Sheikh Mansour selepas insiden pergaduhannya dengan Mario Balotelli menjadi topik utama di seluruh dunia. Mario dilihat sebagai aset oleh pemilik kelab.

Insiden tersebut mengejutkan semua pemain yang berada di padang latihan dan mereka tergamam serta tidak tahu bagaimana untuk bertindak meleraikan pergaduhan itu sehinggalah jurulatih dan para pembantu kejurulatihan yang lain datang membantu.

Mancini bagaimanapun enggan menghentikan jeritannya ke atas Mario dan sekali lagi meluru ke arah pemain itu dan cuba menariknya keluar dari padang dengan mencengkam baju Mario di leher tetapi tidak sedikit pun menjejaskan Mario kerana saiz badannya ang besar dan sasa itu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan