Joe Cole Kembali Ke Kelab Asalnya Selepas Dipinggirkan Liverpool

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Liverpool, Joe Cole akhirnya kembali ke kelab asalnya ketika remaja - West Ham selepas sekian lama dipinggirkan.

Liverpool sanggup membayarnya pampasan sehingga £3 juta asalkan dia meninggalkan kelab itu.

Ini kerana mereka tidak mahu menanggung bayaran gaji mingguannya sebanyak £90,000 sedangkan kontraknya masih berbaki 18 bulan lagi.

Walaupun mereka terpaksa menanggung kerugian sebanyak £3 juta tapi mereka masih mampu menyelamatkan £4 juta lagi sekiranya berpisah dengan bekas pemain England itu sekarang.

Malah Liverpool tidak mengenakan sebarang tuntutan bayaran perpindahan kepada West Ham untuk mendapatkan khidmat Cole asalkan mereka dapat 'menyingkirkan' pemain itu dari senarai bayaran gaji. Pada Khamis petang, Cole telah dilihat menyarungkan jersi latihan West Ham di pusat latihan kelab itu di Timur London.

Cole, 31, pertama kali menyarung jersi West Ham pada 1999 di bawah bimbingan Harry Redknapp yang kini merupakan pengurus QPR.

Dia kini berpeluang menyarung jersi West Ham menentang Manchester United pada pusingan ketiga Piala FA Inggeris Sabtu ini.

Sebelum menyertai Liverpool dua setengah musim yang lalu Cole adalah pemain Chelsea.

Dia kemudiannya dipinjamkan oleh Liverpool kepada juara Perancis Lille sepanjang musim lalu.

Sekembalinya semula ke Liverpool musim ini, Cole mendapati dia tidak berada di dalam perancangan masa depan Brendan Rodgers yang telah pun mendapatkan pemain tengah baru iaitu Paul Allen dari Swansea.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan