QPR Aibkan Chelsea 1-0

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wright-Phillps menjaringkan gol tunggal untuk QPR ketika menentang Chelsea, awal pagi Khamis.
Wright-Phillps menjaringkan gol tunggal untuk QPR ketika menentang Chelsea, awal pagi Khamis.

LONDON: Pemain sayap Queens Park Rangers (QPR), Shaun Wright-Phillips membantu pasukan yang menghuni kedudukan tercorot liga itu mencatatkan kemenangan mengejut 1-0 ke atas Chelsea di Stamford Bridge, awal pagi Khamis.

Wright-Phillips yang juga bekas bintang Chelsea diturunkan untuk menggantikan Junior Hoilett yang dilanda kecederaan pada babak pertama, menjaringkan gol tunggal QPR pada minit ke-78.

Beliau yang diberi penghormatan sebaik saja memasuki oleh para penyokong Chelsea, bagaimanapun enggan meraikan jaringannya.

Kemenangan itu mengulangi sejarah 1983 apabila QPR kali terakhir menumpaskan Chelsea di Stamford Bridge.

Ia adalah kemenangan kedua QPR musim ini dan kekalahan Chelsea yang keempat.

Dengan keputusan itu Chelsea kekal di tangga keempat liga di belakang Tottenham.

Barisan pemain:

Chelsea: Turnbull; Azpilicueta, Ivanovic, Cahill, Bertrand; Luiz, Lampard, Moses, Oscar, Marin; Torres. Pemain gantian: Hilario, Cole, Ferreira, Ramires, Mata, Hazard, Piazon.

QPR: Julio Cesar; Onuoha, Nelsen, Hill, Fabio; Mbia, Derry, Granero; Taarabt, Mackie, Hoilett. Pemain gantian: Green, Ferdinand, Park, Cisse, Wright-Phillips, Dyer, Faurlin.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan