Jawatan Boleh Berakhir Secara Baik Atau Tidak - Tengku Abdullah

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak menafikan bahawa apa sahaja jawatan yang disandang pada masa kini akan berakhir sama ada secara baik atau tidak.

Baginda bertitah situasi itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk diri baginda.

"Tidak dinafikan satu hari nanti kita semua termasuklah saya kena tamatkan (jawatan) secara baik atau tidak baik.

"Kita ambil ia sebagai lumrah dalam persatuan, pasukan negara kalah macam-macam kita dituduh tetapi bila menang, tiada orang pun nak kaitkan semua isu letak jawatan ini," titahnya kepada pemberita selepas meninjau ke beberapa perkampungan yang terjejas akibat banjir di sini, Khamis.

Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan beberapa pihak mahukan Presiden FAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada pemimpin baharu yang mempunyai banyak visi dan idea segar dalam memartabatkan bola sepak negara.

Perkara itu turut menjadi perhatian beberapa bekas pemain kebangsaan yang meluahkan perasaan sama dengan berharap berlaku transformasi dalam pengurusan bola sepak Malaysia.

"Desakan seperti itu seharusnya tidak datang secara bertalu-talu, sekalipun ingin menukar muka baharu, kita perlu cari pengganti yang baik dan boleh membawa kejayaan," titahnya.

Mengenai pendekatan berdiam diri yang diambil Sultan Ahmad Shah berhubung isu itu, Tengku Mahkota Pahang itu bertitah adalah hak baginda untuk menjawabnya atau tidak kerana masing-masing ada kebebasan bersuara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan