Spurs Lonjak Ke Tangga Ketiga Liga Perdana Inggeris

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adebayor (kanan) menjaringkan gol ke atas Reading.
Adebayor (kanan) menjaringkan gol ke atas Reading.

LONDON: Tottenham Hotspur mengambil alih kedudukan Chelsea di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris apabila bangkit menundukkan Reading 3-1, awal pagi Rabu.

Reading yang kini di tempat kedua tercorot mengejutkan tuan rumah menerusi gol awal oleh Pavel Pogrebnyak pada minit keempat.

Namun Spurs bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Michael Dawson lima minit kemudian diikuti Emmanuel Adebayor pada minit ke-51 dan Clint Dempsey pada minit ke-79.

Ia adalah kemenangan ketujuh Spurs dalam sembilan perlawanan.

Begitupun skuad kendalian pengurus Andre Villas-Boas itu masih mempunyai dua perlawanan dan akan bertemu Queens Park Rangers (QPR), Rabu.

Reading masih tercari rentak untuk melakar kemenangan di tempat lawan musim ini.

Barisan pemain:

Tottenham: Lloris, Walker, Dawson, Vertonghen, Naughton, Sandro, Dembele, Lennon, Sigurdsson; Adebayor, Defoe.

Reading: Federici; Gunter, Harte, Mariappa, Pearce; Karacan, Leigertwood, Kebe, McAnuff; Guthrie, Pogrebnyak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan