McLeish Pengurus Baru Nottingham

Diterbitkan: Jumaat, 28 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Alex McLeish
Alex McLeish

NOTTINGHAM Forest telah melantik Alex McLeish sebagai pengurus baru kelab tersebut sehari selepas pemecatan Sean O'Driscoll.

Bekas pengurus Birmingham dan Aston Villa itu akan memulakan tugas baru memimpin Nottingham ketika menentang Crystal Palace di City Ground pada Sabtu.

"Saya berasa bangga mengalu-alukan kehadiran Alex ke dalam kelab dan tidak sabar untuk bekerjasama dengannya," kata Pengerusi Forest, Fawaz Al Hasawi dalam laman web kelab itu, nottinghamforest.co.uk.

Menurut Fawaz, Alex merupakan calon sesuai mengemudi kelab tersebut kerana beliau mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Kejuaraan dan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Dia berupaya memimpin kelab ini untuk beraksi dalam saingan EPL pada masa akan datang," katanya.

Pengurus berusia 53 tahun itu tidak memegang apa-apa jawatan selepas dipecat oleh Aston Villa pada Mei lalu.

Pelantikan beliau akan diumumkan kepada media pada sesi latihan awal pagi Sabtu.

"Saya begitu teruja untuk bekerjasama dengan Nottingham Forest," kata McLeish.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan