Williams Terlepas Hukuman FA England

Diterbitkan: Rabu, 26 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Williams dilayangkan kad kuning oleh pengadil Michael Oliver pada aksi bertemu United Ahad lalu.
Williams dilayangkan kad kuning oleh pengadil Michael Oliver pada aksi bertemu United Ahad lalu.

PEMAIN pertahanan Swansea, Ashley Williams terselamat daripada didenda Persatuan Bola Sepak (FA) England berhubung tindakan kasarnya terhadap penyerang Manchester United, Robin van Persie pada aksi Liga PErdana Inggeris, Ahad lalu.

Pada aksi tersebut Williams dilihat sengaja menyepak bola yang terkena belakang kepala van Persie ketika penyerang antarabangsa Belanda tersebut sedang terbaring di atas padang.

Situasi itu jelas mengundang kemarahan pengurus United, Sir Alex Ferguson yang mendakwa van Persie boleh terbunuh ekoran insiden itu.

Begitupun, FA England menegaskan, Williams tidak akan dikenakan sebarang tindakan ekoran insiden itu.

Pada masa sama, badan induk itu juga menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap kenyataan balas Ferguson.

Williams memberitahu, tindakannya ketika itu bukan sesuatu yang disengajakan.

"Saya hanya cuba mengeluarkan bola tetapi terkena kepala van Persie.

"Saya sendiri tidak tahu mengapa dia marah-marah, bukannya saya sengaja bertindak sedemikian," kata Williams.

Pada masa sama, tindakan Williams juga dipertahankan bekas majikannya, Brendan Rodgers yang kini mengendalikan Liverpool.

"Bagi saya, isu itu sengaja digembar-gemburkan. Williams bukannya sengaja, jadi ia tidak sepatutnya diperbesarkan.

"Dia hanya mahu mengeluarkan bola sebelum rembatannya terkena kepala van Persie, itu sahaja.

"Saya mengenali Williams ketika mengendalikan Swansea sebelum ini. Dia pemain yang baik dan tidak gemar terlibat dalam mana- mana kontroversi," kata Rodgers.

Malah seorang lagi bekas pengurus Williams yang kini memegang skuad Wigan, Roberto Martinez turut tidak bersetuju dengan kritikan Ferguson ke atas pemain itu.

"Saya boleh pastikan Williams bukan seorang pemain yang suka membuat sesuatu dengan sengaja," jelasnya yang mendapatkan Williams ketika di Swansea pada tahun 2008.

Tambah Martinez, perlawanan itu lebih bersifat emosional.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan