Lampard Diminta Cari Kelab Baru Menjelang Januari Ini

Diterbitkan: Rabu, 26 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Impian Lampard untuk kekel di Stamford Bridge semakin kabur.
Impian Lampard untuk kekel di Stamford Bridge semakin kabur.

PEMAIN tengah Chelsea, Frank Lampard diarah agar mencari kelab lain pada Januari ini sekaligus menjelaskan masa depannya di Stamford Bridge semakin gelap.

Pemain veteran berusia 34 itu, sebelum ini meluahkan untuk menamatkan kariernya bersama The Blues namun impiannya itu tidak akan tercapai selepas kontraknya yang akan berakhir musim ini tidak akan disambung.

Menurut pihak dalaman di Stamford Bridge, keadaan Frank kini agak goyang.

"Dia mahu terus bermain di sini tetapi mereka (pihak kelab) telah memberitahunya agar mencari kelab lain pada Januari ini apabila jendela perpindahan pemain dibuka.

"Dia tidak mempercayai permintaan itu kerana menganggap kelab ini adalah segala-gala baginya," jelas satu kenyataan.

Jelas sekali pihak kelab tidak lagi berminat untuk menyambung kontraknya apabila dia diletakkan sebagai pemain simpanan pada aksi kemenangan 8-0 ke atas Aston Villa Isnin lalu.

Bagaimanapun Lampard mengetepikan perasaan kecewa itu dan terus mempamerkan aksi terbaiknya ketika dimasukkan pada babak kedua dengan membantu menjaringkan gol untuk The Blues.

Sebagai rekod, Lampard telah mencatat 575 penampilan bersama Chelsea dengan menjaringkan 190 gol serta pernah menjadi kapten pasukan.

Dia juga antara tonggak kejayaan Chelsea ketika skuad itu menjulang trofi Liga Juara-Juara Mei lalu, meraih tiga kali juara liga, empat kali juara Piala FA Inggeris dan dua trofi Piala Liga dalam tempoh 11 tahun berkhidmat West London.

Namun catatan cemerlangnya itu tidak menjadikan faktor Lampard terus kekal di Chelsea dan tempatnya itu bakal digantikan oleh pemain baru.

Lampard dijangka akan turut beraksi pada pertemuan dengan Norwich hari ini, namun selepas itu nasibnya belum pasti.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan