Saya Tidak Akan Letak Jawatan - Mourinho

Diterbitkan: Isnin, 24 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jose Mourinho
Jose Mourinho

MASA depan jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho dilihat agak terjejas setelah ketinggalan 16 mata di belakang Barcelona apabila tewas mengejut 2-3 kepada Malaga dalam aksi keputusan kontroversi Mourinho yang merehatkan kapten, Iker Casillas daripada kesebelasan utama pada perlawanan tersebut telah mengundang kecaman peminat.

Ia merupakan kali pertama Casillas diketepikan dalam tempoh 10 tahun yang menyaksikan penjaga gol kedua, Antonio Adan gagal menggalas tanggungjawab itu dengan sempurna apabila bolos tiga kali dalam perlawanan itu.

Keputusan ini juga menjadikan kemenangan pertama Malaga terhadap Real dalam tempoh 29 tahun, sekali gus ketinggalan dua mata di belakang Real yang kini mengutip 31 mata.

Begitupun, Mourinho sekali lagi menegaskan tidak akan meletak jawatan ekoran kekalahan itu.

“Saya tidak akan meletak jawatan dan tidak bimbang kedudukan saya terjejas atau tidak.

“Bagi saya, ketika ini prestasi Adan jauh lebih baik berbanding Casillas.

“Kami hanya menurunkan pemain yang terbaik, jadi saya tidak rasa ketiadaan Casillas menjadi punca kekalahan ini.

“Kerapuhan barisan pertahanan lebih merisaukan saya, bukannya ketiadaan Casillas,” tegas Mourinho.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Jose Mourinho , Barcelona , Casillas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan