S'pura Juara Piala AFF Suzuki Kali Keempat

Diterbitkan: Ahad, 23 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Singapura menamatkan penantian mereka untuk muncul juara buat kali keempat selepas lima tahun dengan menundukkan Thailand 3-2 secara agregat pada aksi final kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand malam Sabtu.

Skuad 'The Lions' sebelum ini mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Thailand pada perlawanan final pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura Rabu lepas.

Gol tunggal perlawanan pada malam ini dihasilkan penyerang Thailand, Kirati Keawsombut menerusi tandukan pada minit ke-45, jelas tidak membantu skuad 'Changsuk' (Gajah Perang) itu untuk menghalang 'The Lions' dari mencatat kejuaraan kali keempat selepas muncul pemenang pada 1998, 2004 dan 2007.

Pasukan bimbingan Winfried Schafer ini wajar menyalahkan diri mereka sendiri selepas gagal menyempurnakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol pendahuluan pada separuh masa pertama sehinggalah Kirati membuka tirai jaringan selepas beliau menanduk masuk hasil sepakan sudut daripada Theerathon Butmathan.

Bersambung pada separuh masa kedua, Singapura mengekalkan corak bertahan yang kental menerusi gandingan dua pemain tinggi lampai Baihakki Khaizan dan Daniel Mark Bennett sehingga menyukarkan jentera serangan Thailand untuk menggandakan jaringan.

Thailand berpeluang untuk menambah gol pada minit ke-65 namun sepakan percuma daripada pemain tengah, Jakkapan Pornsai hanya sedikit melepasi pintu gol pasukan Singapura.

Strategi taktikal Schafer dengan memasukkan dua pemain tengah iaitu Chanathip Songkrasin dan Apipoo Suntornpanavej pada pertengahan separuh masa kedua juga tidak banyak membantu pasukan berkenaan yang kerap kehilangan bola kepada pemain The Lions.

Kekalahan berkenaan menyaksikan hasrat Thailand untuk meraih kejuaraan buat kali keempat tidak kesampaian selepas muncul pemenang pada 1996, 2000 dan 2002.

Skuad Harimau Malaya selaku juara bertahan gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas kalah 1-3 secara agregat kepada Thailand di perlawanan separuh akhir. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan