Tiada Perubahan Pemain Pada Januari ini - Mourinho

Diterbitkan: Sabtu, 22 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mourinho (kiri) berbincang sesuatu dengan Kaka pada sesi latihan pasukan Real Madrid.
Mourinho (kiri) berbincang sesuatu dengan Kaka pada sesi latihan pasukan Real Madrid.

PASUKAN Real Madrid tidak berminat untuk mendapatkan mana-mana pemain baru ketika jendela perpindahan pemain dibuka pada Januari ini.

Pengendali pasukan, Jose Mourinho berkata, pasukannya tidak akan membuat sebarang perubahan termasuk salah seorang pemainnya, Kaka akan terus berada dalam skuad walaupun jarang beraksi.

"Saya tidak fikir kami akan melakukan sebarang pembelian atau pertukaran pemain, malah saya tidak percaya Kaka akan meninggalkan kelab.

"Jika dia terus kekal bersama kami, ia merupakan sesuatu yang baik bagi pasukan," jelasnya dalam satu kenyataan.

Kaka menyertai Real dari AC Milan pada tahun 2009, tetapi gagal mempamerkan aksi cemerlang sebelum ini yang turut melayakkkan dia meraih Pemain Terbaik Dunia 2007.

Pemain berusia 30 tahun itu hanya beraksi satu perlawanan La Liga musim ini, dua perlawanan Liga Juara-Juara serta sekali turun padang pada Piala Raja Sepanyol dan selebihnya hanya memanaskan bangku simpanan.

Sementara itu, Real kini dilihat berusaha untuk mempertahankan takhta juara La Liga, walaupun kini berada di tangga ketiga kedudukan dengan mengumpul 13 mata selepas 16 perlawanan, di belakang musuh utama, Barcelona, manakala tempat kedua pasukan Atletico Madrid.

"Kedudukan itu tidak membimbangkan kami. Apa yang perlu kami buat ialah memenangi setiap perlawanan dan membaiki prestasi ke arah yang lebih baik.

"Setiap orang memerlukan motivasi dan bekerjasama demi kejayaan pasukan.

"Namun secara jujurnya saya tidak malu untuk mengaku bahawa saya tidak gembira dengan persembahan pemain setakat ini. Kami perlu berusaha mengubah semuanya," kata Mourinho.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan