Sime Darby FC Sasar Beraksi Dalam Liga Super 2014

Diterbitkan: Sabtu, 22 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas tiga musim bersaing dalam Liga Perdana, skuad Sime Darby FC memasang impian untuk beraksi dalam Liga Super pada 2014.

Presiden kelab Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yakin sasaran itu mampu dicapai juara Liga FAM 2010 tersebut menerusi gandingan pemain baharu dan lama yang turut diperkuatkan dua pemain import dari Croatia iaitu penyerang Karlo Primorac dan pemain tengah Goran Perak.

"Kebanyakan pemain baharu yang diambil pernah beraksi dalam Liga Super musim ini seperti Mohd Juzaili Samion dari Felda United FC, Mohd Fadzli Saari dari T-Team dan Yosri Derma Raju dari Sarawak yang mana pengalaman mereka menjadi nadi penting kepada kekuatan pasukan.

"Dua pemain import baharu juga dapat menyesuaikan diri dengan pasukan berdasarkan perlawanan persahabatan pramusim di Vietnam baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas sesi pengenalan skuad Liga Perdana Sime Darby FC 2013 di sini, Jumaat.

Pemenang tempat ketiga Liga Perdana 2012 itu mengekalkan tujuh pemain dan menggunakan khidmat tiga pemain Piala Presiden mereka iaitu Chairi Emmir Abu Bakar, Dzulfahmi Abdul Hadi dan Fitri Kamal pada saingan musim depan.

Mereka turut diperkuatkan dengan kehadiran lima bekas pemain Perak iaitu Syafiq Jamal, Khairi Zainuddin, Fahrul Razi Kamaruddin, Fazrul Hazli Mohd Kadri dan Kamarul Effandi Abdul Rahim.

Tengku Ahmad Shah yang juga pengurus pasukan Sime Darby FC, turut meletakkan harapan tinggi kepada anak buahnya untuk memberi saingan hebat dalam Piala FA dan Piala Malaysia.

"Saya percaya kita boleh memberi saingan hebat dalam kedua-dua kejohanan itu terutamanya dalam saingan Piala FA selepas kita menjadi kelab pertama di negara ini melayakkan diri ke perlawanan akhir itu musim ini," katanya.

Ketua jurulatih Sime Darby FC, Ismail Zakaria berkata perkara terpenting pada masa kini ialah mencari keserasian di antara pemain selepas pulang daripada aksi persahabatan di Vietnam, baru-baru ini.

Bagi Juzaili yang dilantik selaku ketua pasukan, beliau berharap pengalaman beraksi dengan tiga pasukan terdahulu iaitu Pahang (2000-2006), UPB Myteam FC (2007-2009) dan Felda United (2010-2011) dapat membantu membimbing pemain muda dalam skuad berkenaan.

Kelab berkenaan masih menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebagai gelanggang utama mereka.

Sime Darby FC akan membuka tirai Liga Perdana 2013 menentang pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tempat lawan pada 7 Jan depan.

Skuad Sime Darby musim 2013:

Redzuan Harun, Suffian Abdul Rahman, Kamarul Effandi Abdul Rahim, Hafiz Abu Bakar, Bashahrul Abu Bakar, Yosri Derma Raju, Hasmarul Fadzir Hassan, Khairi Zainuddin, Ahmad Haziq Fuad, K. Prabakaran, Arif Ismail, Faizal Nasir, Chairi Emmir Abu Bakar, Azmirul Azmi, Mohd Juzaili Samion (kapten), Goran Perak, Syukur Saidin, Asrol Ibrahim, Famirul Asyraf Sayuti, Dzulfahmi Abdul Hadi, Fitri Kamal, K. Ravindren, Fahrul Razi Kamaruddin, Fazrul Hazli Mohd Kadri, Firdaus Faudzi, Karlo Primorac, Mohd Fadzli Saari, Yusof Zainal Abidin, Syafiq Jamal, Zamri Chin. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sime Darby FC , Liga Perdana , Liga Super

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan