Mancini Janji Julang Trofi Musim ini - Bola Sepak | mStar

Mancini Janji Julang Trofi Musim ini

Diterbitkan: Sabtu, 22 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roberto Mancini
Roberto Mancini

BOS Manchester City, Roberto Mancini berjanji akan meraih kejayaan lagi untuk musim ini.

Biarpun telah terkeluar pada saingan Liga Juara-Juara (CL) pada saingan peringkat kumpulan, dan turut ketinggalan enam mata di belakang Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Mancini tetap menaruh keyakinan untuk mempertahankan kejuaraan liga.

"Saya fikir kami akan berjaya lagi. Kami mempunyai dua sasaran dan saya rasa jika kami bekerja lebih keras selepas ini,peluang itu tetap ada," jelasnya.

Mancini yang genap tiga tahun berada di Manchester City minggu ini telah mempamerkan pengurusan memberangsangkan sepanjang berada di situ.

"Saya sentiasa menang. Ia tidak boleh dinafikan. Saya rasa satu musim bersama Lazio, kami tidak memenangi apa-apa trofi tetapi di sini kami telah sasarkan untuk layak ke CL dan kami telah berada di sana," katanya.

Sebelum ini Mancini pernah mengendalikan kelab Fiorentina, Lazio, Inter Milan sebelum ke Man City.

Kini cabaran utamanya adalah untuk mengekalkan kejayaan kelab selepas menandatangi kontrak selama lima tahun musim lalu.

"Ia mungkin satu musim kamu tidak akan menang dalam aksi liga tetapi jika kamu menjuarai Piala FA, saya fikir ia amat penting untuk meneruskannya.

"Apa yang lebih penting ialah, kami perlu memenangi salah satu trofi setiap tahun. Jika meneruskan tradisi ini, saya yakin ia akan menjadi lebih baik," Katanya.

Tags / Kata Kunci: Manchester City , Roberto Mancini , Piala FA
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan