Evans Sambung Kontrak Dua Tahun Bersama United

Diterbitkan: Sabtu, 22 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jonny Evans
Jonny Evans

PEMAIN pertahanan Manchester United, Jonny Evans telah menyambung kontrak baru bersama kelab itu selama dua tahun.

Pemain antarabangsa Ireland berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak sehingga 2014 dan turut dilaporkan menerima kenaikan gaji sebanyak £65,000 (RM321,402) seminggu.

"Saya teruja untuk menandatangi kontrak baru ini dan turut berasa bangga berada di kelab terkenal yang sudah pasti tidak ada tempat lain yang lebih baik daripada ini.

"Saya selalu menganggap ini adalah kelab yang paling sesuai bagi saya. Ketika saya berusia 9 atau 10 tahun, kelab di Ireland ada menawarkan saya untuk cuba menjalani ujian bersama mereka, tetapi saya tidak pergi kerana tahu Manchester United adalah kelab pilihan saya.

"Saya gembira di sini dan ingin menamatkan karier di Old Trafford," katanya.

Sementara itu pengurus United, Sir Alex Ferguson berkata: "Jonny telah membuktikan dia layak untuk berada dalam senarai sebelas pemain utama.

"Dia telah banyak menunjukkan peningkatan dan turut menjaringkan gol penting musim ini.

"Saya gembira dia telah menyambung kontrak barunya."

Dilahirkan di Belfast, Evans mula menyertai akademi United pada tahun 2004. Sehingga kini dia telah mencatat lebih 100 kali penampilan bersama kelab, serta 31 kap dengan pasukan negaranya.

Musim ini juga menyaksikan dia menjadi pemain pilihan di barisan pertahanan tengah selepas Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Chris Smalling dan Phill Jones mengalami kecederaan.

Sebagai rekod, dia telah mencatat tiga gol dalam 15 perlawanan musim ini.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan