Pahang Optimis Dengan Kehadiran Dua Pemain Import

Diterbitkan: Jumaat, 21 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pahang optimis dengan kehadiran dua pemain import dan empat muka baru bagi merebut salah satu kejuaraan Liga Malaysia musim depan.

Pemain yang menjadi pertaruhan ialah pemain kelahiran Macedonia, Nicolche Klechkaroski, 29, dan Mohamed Borji, 32, dari Maghribi, yang kedua-duanya merupakan pemain penyerang.

Sementara empat pemain tempatan ialah Mohd Nasril Mat Nordin yang sebelum ini beraksi untuk Perak dan tiga bekas pemain Selangor iaitu Mohd Razman Roslan, Mohd Amirulhadi Zainal dan Azidan Sarudin.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Akbar V.V Abu berkata barisan kali ini dilihat mampu memberi saingan yang cukup sengit kepada pasukan lain.

"Kita mahu menempatkan diri pada kedudukan yang baik dalam Liga Super dan kalau ada rezeki siapa tahu kita juga akan ke final Piala Malaysia," katanya di majlis memperkenalkan pemain Liga Super Pahang di sini Khamis.

Pahang pernah muncul juara Piala Malaysia pada tahun 1983 dan 1992 dan muncul sebagai pasukan pertama yang menjuarai Piala Super yang mula diperkenalkan pada 2004.

Sebelum itu skuad Tok Gajah pernah menjulang piala Liga Perdana sebanyak empat kali iaitu pada tahun pada 1987, 1992, 1995 dan 1999 selain mengungguli Piala FA pada 2006.

Menurut Akbar, pihak pengurusan PBNP yakin ketua jurulatih Dollah Salleh dan penolongnya Zainal Abidin Hassan mampu mengembalikan kegemilangan Pahang ke persada bola sepak tempatan musim depan.

Dollah berkata beliau telah nampak keserasian antara kedua-dua pemain import tersebut dengan pemain ain selepas menguji prestasi dan kecergasan mereka pada perlawanan persahabatan dengan kelab di Hong Kong baru-baru ini.

"Prestasi yang ditunjukkan kedua-dua mereka amat membanggakan terutamanya Mohamed Borji dan saya percaya mereka dapat memantapkan lagi pasukan Pahang," katanya.

Beliau berkata empat pemain tempatan baru juga menunjukkan kesungguhan masing-masing bagi memastikan mereka tersenarai dalam kesebelasan utama.

Sementara itu Mohamed Borji menyifatkan peluang beraksi bersama Pahang adalah sesuatu yang di luar jangkaannya dan yakin dapat bekerjasama dengan seluruh ahli pasukan bagi memberikan persembahan terbaik untuk peminat bola sepak Pahang.

"Saya harap kehadiran saya dalam pasukan Pahang dapat memberikan hadiah istimewa untuk peminat iaitu kejuaraan," katanya yang sebelum ini beraksi dengan kelab Ragi Beni Mellal di Maghribi.

Pahang akan menerima kunjungan Johor untuk perlawanan pembukaan Liga Super pada 8 Januari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan