Lima Pemain Muda Tandatangani Kontrak Baru Bersama Arsenal - Bola Sepak | mStar

Lima Pemain Muda Tandatangani Kontrak Baru Bersama Arsenal

Diterbitkan: Jumaat, 21 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oxlade-Chamberlain antara pemain muda yang kekal bersama Arsenal.
Oxlade-Chamberlain antara pemain muda yang kekal bersama Arsenal.

PENYOKONG setia Arsenal kini boleh menarik nafas lega apabila kelab itu akhirnya berjaya memperolehi tandatangan baru lima orang pemain muda mereka yang diketuai oleh pemain England, Jack Wilshere.

Selain beliau, turut menandatangani kontrak baru untuk terus kekal bersama Arsenal ialah seorang lagi pemain muda England, Alex Oxlade-Chamberlain, pemain Wales, Aaron Ramsey, Kieran Gibbs dan Carl Jenkinson.

Kini satu-satunya pemain yang masih belum selesai di meja rundingan ialah bintang popular mereka, Theo Walcott, yang tidak mahu berganjak daripada tuntutan gaji baru sebanyak £80,000 seminggu.

“Gibbs, Jenkinson, Oxlade-Chamberlain, Ramsey dan Wilshere kesemuanya mewakili generasi muda yang akan membentuk asas baru untuk kelab ini, " kata Arsene Wenger selepas menyaksikan upacara menandatangani kontrak baru kelab itu bersama-sama kelima-lima pemain berkenaan.

Wilshere, 20, telah bersetuju menandatangani kontrak baru lima tahun bernilai £80,000 seminggu, Gibbs, 23, bersetuju untuk menerima £40,000 seminggu manakala Oxlade-Chamberlain, 19, juga pemain England akan menerima £50,000 seminggu dan begitu juga Ramsey, 21.

Manakala pemain bek kanan, Jenkinson, 20, bersetuju untuk menerima £32,000 seminggu.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , England , Jack Wilshere , Gibbs
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan