Liga Juara-Juara: Ferguson Teruja Aksi Bertemu Real Madrid

Diterbitkan: Jumaat, 21 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ferguson (kanan) dan Mourinho bakal bersua pada 13 Ferbruari ini.
Ferguson (kanan) dan Mourinho bakal bersua pada 13 Ferbruari ini.

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson percaya pertemuan dengan Real Madrid pada aksi 16 terakhir pasukan Liga Juara-Juara (CL) merupakan satu pusingan yang sengit.

Kedua-dua pasukan gergasi bola sepak ini kali terakhir berentap pada aksi suku akhir CL 2003 yang menyaksikan Real menewaskan United 6-5 secara agregat.

Pertemuan ini juga bakal melihat bekas penyerang United, Christiano Ronaldo akan kembali bertemu skuad lamanya buat kali pertama sejak berpindah ke Bernabeu pada tahun 2006.

"Ia satu pertemuan yang sengit dan sukar. Bagaimanapun ia satu peluang yang bagus kepada semua peminat United yang bakal melihat Ronaldo beraksi di Old Trafford dan juga melihat Jose Mourinho," jelas Ferguson dalam satu kenyataan awal pagi Jumaat.

Ferguson-Mourinho tidak bersua sejak 2009 selepas United menewaskan skuad Inter Milan pada saingan suku akhir.

Sementara itu, Pengarah Real Madrid, Emilio Butragueno berkata, pertemuan merupakan satu aksi istimewa di antara Mourinho dan Ferguson yang bakal bertemu buat kali ke-15 pusingan pertama di Bernabeu.

"Saya yakin kedua-dua pengurus ini mempunyai hubungan yang baik. Sir Alex Ferguson tahu bagaimana untuk memantapkan skuadnya dan mereka mempunyai pemain yang hebat, tetapi kami adalah pasukan Real Madrid dan akan cuba melakukan yang terbaik.

"Kami gembira dengan pengurusan Mourinho dan saya harap dia akan mengetuai pasukan untuk meraih gelaran juara sekaligus membuat semua penyokong kami bangga dengan pasukan ini," jelasnya.

Real Madrid bakal menerima kunjungan United di Bernabeu pada 13 Februari ini.

REKOD PERTEMUAN MAN UNITED dan REAL MADRID:

1957: Piala Europa (separuh akhir) - tewas 3-1 di Madrid, seri 2-2 di Old Trafford (tewas 5-3 secara agregat)

1968: Piala Europa (separuh akhir) - menang 1-0 di Old Trafford, seri 3-3 di Madrid (menang 4-3 secara agregat)

2000: Piala Europa (suku akhir)- seri 0-0 di Bernabeu, tewas 3-2 di Old Trafford (tewas 3-2 secara agregat )

2003:Piala Europa (suku akhir) - tewas 3-1 di Sepanyol , menang 4-3 di Old Trafford (tewas 6-5 secara agregat)

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan