Peminat Bertuah Berpeluang Saksikan Perlawanan Liverpool FC Di Anfield

Diterbitkan: Rabu, 19 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peminat bola sepak tempatan berpeluang menyaksikan perlawanan Liverpool FC menentang Tottenham Hotspur, secara langsung, di Anfield dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) Mac depan, atas ihsan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

Bank itu telah melancarkan pertandingan digital di mana peminat bola sepak perlu menghasilkan video, tidak lebih 90 saat di YouTube mengenai apa makna bola sepak kepada mereka.

Dalam kenyataan pada Selasa, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Osman Morad berkata dua tiket Centenary Stand dan tiket penerbangan kelas ekonomi, lawatan dibiayai sepenuhnya ke Anfield ditawarkan kepada pemenang.

Penginapan dua malam dan wang belanja RM2,400 (£500) juga sebahagian daripada tawaran itu.

Peserta yang berminat perlu mempunyai akaun YouTube yang sah, akaun e-mel dan berumur 18 tahun ke atas layak menyertai pertandingan itu.

Mereka boleh muat naik filem mereka dengan menghantar URL mereka ke saluran YouTube '90 Seconds to Anfield' menerusi youtube.com/90secondstoanfield.com, sehingga 25 Januari, 2013.

Pertandingan '90 Seconds to Anfield' ialah yang pertama daripada banyak program yang dibariskan dari Disember hingga Julai 2013, untuk menawarkan 10 tiket Anfield kepada rakyat Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan