Fellaini Digantung Tiga Perlawanan

Diterbitkan: Rabu, 19 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Marouane Fellaini
Marouane Fellaini

PEMAIN tengah Everton, Morouane Fellaini digantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) kerana melakukan kekasaran.

Pemain antarabangsa Belgium itu telah menanduk pemain Stoke City, Ryan Showcross pada aksi Liga Perdana Inggeris dengan menyaksikan kedua-kedua pasukan terikat seri 1-1.

Pihak Everton dan pemain itu menerima hukuman yang dikenakan dan kini Fellaini bakal terlepas tiga aksi menentang West Ham United, Wigan Athletic dan Chelsea.

"Saya memohon maaf kepada Ryan Showcross, rakan sepasukan serta semua penyokong kelab ini.

"Terlalu banyak tekanan di kawasan penalti pasukan lawan dan saya merasakan tidak ada apa-apa tindakan daripada pegawai perlawanan.

"Pun begitu, saya tahu saya tidak patut melakukan kekasaran tersebut," jelas Fellaini selepas perlawanan.

Katanya juga, dia telah memohon maaf kepada pengurus serta pegawai pasukan.

"Saya tidak ada alasan lain dan kecewa dengan apa yang telah terjadi.

"Saya gagal mengawal perasaan marah yang mana ia tidak profesional bagi diri saya," tambahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan