Skuad Harimau Malaya Dirombak Hadapi Pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 - Bola Sepak | mStar

Skuad Harimau Malaya Dirombak Hadapi Pusingan Kelayakan Piala Asia 2015

Diterbitkan: Selasa, 18 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya yang gagal mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki baru-baru ini akan dirombak bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Pengurus pasukan kebangsaan Datuk Seri Subahan Kamal berkata beberapa pemain yang tidak mempamerkan prestasi terbaik pada Piala AFF Suzuki 2012 akan digugurkan, manakala pemain yang diketepikan akibat kecederaan akan dipanggil semula.

Skuad kebangsaan perlu diperkuatkan bagi mengharungi pusingan kelayakan Piala Asia 2015 Kumpulan D membabitkan Qatar, Bahrain, Yaman dan Malaysia bermula Februari depan, katanya ketika dihubungi Selasa.

Malaysia gagal mempertahankankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010 apabila tunduk kepada Thailand dengan agregat 1-3 pada saingan separuh akhir.

Dalam pada itu, Subahan tetap dengan pendiriannya bahawa Datuk K. Rajagobal akan terus melatih skuad Harimau Malaya bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia kerana kontrak ketua jurulatih skuad kebangsaan tersebut masih berbaki sehingga Disember 2013.

Beliau berkata setakat ini, tiada mesyuarat dipanggil bagi membincangkan kedudukan pengendali berusia 56 tahun itu.

Subahan berkata beliau telah menyerahkan laporan terperinci mengenai prestasi pasukan kebangsaan dan terserah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah bagi menentukan kedudukan Rajagobal.

Sebelum ini, kedudukan Rajagobal sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan dilihat terancam berikutan kemerosotan prestasi Harimau Malaya selepas bergelar juara Piala AFF Suzuki dua tahun lepas.

Pelbagai pihak mengkritik prestasi Harimau Malaya dan mendesak Rajagobal meletak jawatan dengan nama jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee antara calon pilihan untuk mengambil alih jawatan itu.

Subahan berkata pengkritik tidak harus menyalahkan Rajagobal atas prestasi skuad Harimau Malaya yang kurang menyerlah pada kejohanan berkenaan kerana jurulatih itu sebelum ini telah banyak membangunkan sukan bola sepak tanah air. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan