Johor Ambil Pemain Ternama Untuk Kuasai Liga M -Tunku Ismail

Diterbitkan: Isnin, 17 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Tujuan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim mengambil pemain ternama adalah untuk meletakkan pasukan itu di barisan hadapan dalam arena bola sepak negara serta menjadi pasukan unggul dalam Liga M.

Sejajar dengan itu, presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim mengingatkan pemain bahawa penyertaan mereka dalam pasukan itu bukan untuk tujuan 'makan angin', tetapi sebalikya perlu berusaha untuk menjadikannya pasukan terbaik.

"Pasukan ini bukan tempat untuk menikmati percutian di mana pemain datang untuk mengambil gaji dan berehat, tapi mereka perlu bermain dengan sepenuh hati," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

PBNJ menjadi perhatian ramai sejak beberapa bulan lepas kerana dikatakan berbelanja besar untuk mengambil ramai bintang bola sepak asing dan tempatan untuk bermain dengan pasukan Johor Darul Takzim, yang dulunya dikenali sebagai Johor FC.

Antara pemain tempatan terkenal yang diambilnya ialah Safee Sali, Muslim Ahmad, Aidil Zafuan dad Zaquan Adha Radzak, ketua pasukan kebangsaan Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan Azmi Muslim, manakala bintang luar negara pula ialah pemain tengah Itali Simone Del Nero dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol Daniel Gonzales Guiza.

"Saya amat bersyukur kerana kami mempunyai para pemain yang cukup berbakat dalam pasukan ini dan saya, serta jurulatih Fandi Ahmad, sangat berpuas hati dengan pasukan ini dan akan memberi tumpuan untuk melatih mereka dari segi taktikal dan mental".

Fandi, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, memberi amaran keras kepada para pemain bahawa status mereka sebagai bintang tidak menjadi tiket untuk mereka tersenarai sebagai kesebelasan utama bagi setiap perlawanan.

"Setiap orang perlu bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Saya amat menitikberatkan soal disiplin dan semangat berpasukan, jadi tidak akan ada pemilihan secara automatik untuk membarisi kesebelasan utama," katanya.

Safee, Norshahrul, Azmi, Safiq, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha yang turut hadir pada sidang akhbar itu berikrar akan memberi persembahan terbaik masing-masing untuk menjadikan Johor Darul Takzim sebagai pasukan yang tidak boleh dipandang ringan.

"Setelah dua tahun di Indonesia, saya harap dapat menggunakan pengalaman yang diraih di sana untuk dicurahkan dengan sebaik mungkin di sini. Saya tidak sabar untuk beraksi dengan Johor Darul Takzim, yang disifatkan sebuah "Pasukan Impian"," kata Safee.

Safiq pula berkata dia mengambil keputusan bermain dengan Johor kerana ingin merasai cabaran baharu bagi menambah baik permainannya dan berjanji akan memberi 100 peratus komitmen kepada pasukan itu.

Sementara itu, Norshahrul, yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Yo, berkata adalah satu persaingan sihat baginya, Safee dan Guiza untuk merebut Kasut Emas.

"Ia akan membolehkan Johor Darul Takzim muncul sebagai sebuah pasukan yang menjaring paling banyak gol dalam Liga Premier," katanya. BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Johor , Liga M , Tunku Ismail

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan