Lupakan Piala AFF Suzuki, Fokus Kepada Pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 - Rajagobal

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal meminta anak buahnya supaya melupakan episod duka kekalahan kepada Thailand pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand, semalam.

Beliau sebaliknya menuntut komitmen kesemua pemain skuad Harimau Malaya itu untuk memberikan fokus sepenuhnya pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 yang bermula Februari depan.

"Saya mahu (semua pemain) lupakan (kekalahan) pada Piala AFF Suzuki dan fokus kepada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di mana kita akan bertandang ke Qatar untuk perlawanan pertama," katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba bersama skuad kebangsaan dari Bangkok di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini, Jumaat.

Kekalahan tersebut dengan agregat 1-3 itu sekali gus meleburkan hasrat skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala AFF yang dimenangi mereka pada 2010 di Indonesia.

Rajagobal, 56, berkata beliau tidak menyangka bahawa skuad bimbingannya bakal mengalami kekalahan pada perlawanan itu memandangkan mereka telah membuat persiapan rapi. "Kalau diimbas kembali perlawanan semalam, kita bermula dengan baik dengan tidak memberi ruang kepada Thailand untuk mencari gol namun senario itu bertukar selepas pengadil memberikan kad merah kepada Mohamad Fadhli.

"Kesemua pemain telah memberikan satu persembahan yang terbaik malahan peminat Thailand sendiri mengatakan bahawa kita bermain dengan baik cuma pengadilan tidak menyebelahi kita," katanya yang menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka. Pada masa yang sama, beliau turut tidak menolak sebarang kemungkinan untuk memanggil beberapa muka baharu untuk memperkuatkan skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia nanti.

Sementara itu, pemain pertahanan Mohd Fadhli Mohd Shas menyatakan kekecewaan beliau di atas keputusan pengadil yang disifatkannya sebagai 'berat sebelah'. "Saya hanya menegur pemain Thailand itu dan tidak melakukan serangan fizikal...pengadil itu mungkin terlupa bahawa saya sudah menerima kad kuning pertama sebelum itu.

"Apa yang saya mampu lakukan ialah memberikan kata-kata semangat kepada rakan sepasukan selepas saya dibuang padang dan saya juga ingin meminta maaf kepada mereka kerana tidak dapat membantu pada perlawanan itu," katanya.

Pandangan beliau turut dipersetujui oleh penjaga gol Mohd Farizal Marlias yang membidas pengadilan yang dianggap berat sebelah.

"Apa yang kami boleh lakukan hanya memberi tumpuan 100 peratus dan kekalkan prestasi semasa (selepas ketiadaan Mohamad Fadhli). "Saya berpendapat rakan sepasukan sudah memberikan persembahan yang terbaik cuma mungkin rezeki tidak menyebelahi kita pada tahun ini." katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan