Singapura Layak Ke Final Piala AFF Suzuki Buat Kali Keempat

Diterbitkan: Khamis, 13 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Singapura menjadi pasukan pertama menempah slot ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2012 selepas menundukkan Filipina 1-0 secara agregat selepas saingan separuh akhir kedua di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam Rabu.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan itu terikat seri tanpa jaringan pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Memorial Rizal, Manila, Filipina, Sabtu lepas.

Penyerang Singapura, Mohamad Khairul Amri Mohd Kamal, menjadi wira pasukan 'The Lions' apabila menjaringkan gol tunggal selepas rembatan leret pada minit ke-19 gagal diselamatkan oleh penjaga gol Filipina, Eduard Ortalla Sacapano.

Dua minit kemudian, skuad bimbingan Radojko Avramovic itu hampir menambah jaringan menerusi percubaan pemain pertahanan Mohamad Shaiful Esah Nain namun sepakan derasnya hanya sedikit melepasi palang gol pasukan pelawat.

Seorang lagi pemain pertahanan 'The Lions', Baihakki Khaizan hampir menjaringkan gol kedua pada minit ke-27 namun tandukannya hasil sepakan percuma Mohamad Shaiful Esah terus ke dakapan Eduard Ortalla.

Bersambung separuh masa kedua, skuad 'The Azkals' yang dibimbing Han Michael Weiss mengubah corak permainan mereka dengan melancarkan serangan bertali arus namun ketumpulan jentera serangan mereka menggagalkan usaha untuk memperolehi gol penyamaan.

Kejayaan skuad Singapura melayakkan ke perlawanan akhir adalah kali keempat selepas layak pada tiga edisi terdahulu yang menyaksikan mereka muncul juara iaitu pada 1998, 2004 dan 2007.

Kekalahan itu sebaliknya membolehkan pasukan Filipina mengulangi pencapaian mereka mara ke separuh akhir pada edisi 2010 di Indonesia.

Skuad 'The Lions' bakal menentang pemenang antara Malaysia dan Thailand di perlawanan akhir yang dijadualkan diadakan secara timbal balik pada 19 dan 22 Dis ini. Malaysia akan menentang Thailand pada separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand, esok.

Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan